INFO TERKINI
*TARIKH AKHIR PENGHANTARAN HASIL PERTANDINGAN POSTER, BUKU SKRAP DAN ESEI PADA ATAU SEBELUM 5 OGOS 2011 (JUMAAT)*

Rabu, 4 Januari 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah


Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua pelajar dan warga pendidik daerah Pasir Gudang terutama kepada semua guru PPDa. Semoga kehadiran musim persekolahan 2012 ini membawa kejayaan dan kecermerlangan PPDa daerah Pasir Gudang, InsyaAllah!

Majlis Anugerah Kualiti PPDa 2011 Negeri Johor

Latar belakang pentas Majlis Anugerah PPDa Jabatan Pelajaran Johor 2011
Para jemputan mendaftarkan diri







Ketibaan Tn Hj Mansor Abd Aziz diiringi En Mustafa  Ibrahim dan tetamu VVIP




Tetamu VVIP Majlis Anugerah Kualiti PPDa Jabatan Pelajaran Johor 2011






Barisan penerima hadiah terdiri dari Kementerian Kesihatan Johor, AADK dan mantan pegawai-pegawai PPDa
Ucapan yang disampaikan oleh Tn Hj Mansor Abd Aziz mewakili Ketua Sektor SPK, Tn Hj Sharuddin Sharif


Persembahan tarian dari Sk Gelang Patah memeriahkan majlis anugerah
Penganugerahan kepada mantan KU PPDa, En Shuhaimi Abd Rashid
Penganugerahan kategori Pelajar Cemerlang PPDa 2011
Cenderahati yang disampaikan oleh En Mustafa Ibrahim kepada Tn Hj Mansor Abd Aziz
Lawatan ke lorong PPDa SMK Impian Emas, Johor Bahru

Rabu, 24 Ogos 2011

Selamat Memyambut Hari Raya Aidilfitri


Kepada semua warga pendidik daerah Pasir Gudang terutama buat guru-guru PPDa diucapkan selamat menyambut kedatangan Syawal. Berhati-hati ketika berada di jalan raya, semoga selamat kembali ke kampung halaman masing-masing. Jadikanlah hari raya pada kali ini sebagai 'medan' untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan berkunjungan diantara satu sama lain. Semoga kita mendapat kebaikan dan keberkatan Allah SWT. Maaf zahir dan batin.

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Kali Kelima Tahun 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) kali kelima peringkat negeri Johor telah diadakan pada 23 Ogos 2011 (Selasa) bertempat di SMK Kamarul Ariffin, Labis, Segamat Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ) iaitu En Mustafa Bin Ibrahim. Turut hadir ialah En Kamarudin Bin Yusop, Penolong Ketua Unit PPDa JPNJ serta semua pegawai khas PPDa daerah hadir dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kali ini lebih menumpukan tentang pengumpulan bahan-bahan pertandingan PPDa peringkat JPNJ yang telah diadakan sebelum ini. Mesyuarat juga membincangkan berkaitan pertandingan bilik sumber PPDa/lorong PPDa peringkat kebangsaan 2011. Antara sekolah yang dicalonkan untuk mewakili Johor dalam pertandingan tersebut ialah SMK Kamarul Ariffin dan SK Parit Jawa dalam pertandingan bilik sumber PPDa. Manakala kategori lorong PPDa akan diwakili oleh SMK Impian Emas dan SK Kota Masai. 

Selain dari itu, penambahbaikan pengurusan PPDa juga turut dibincangkan dalam mesyuarat ini. Antara program yang dikenalpasti akan dilaksanakan disetiap daerah ialah program Ceramah Bersiri serta Program Pengasih.
Bergambar bersama Ketua Unit dan Pegawai Khas PPDa daerah.


PROGRAM BULAN INI

'KEM PIP NEGERI JOHOR 2010
KEM KAIZEN PULAI, PONTIAN JOHOR
12-14 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

'BEST PRACTISE' PROSIDAR NEGERI JOHOR 2010
AUTORIUM HOSPITAL SULTAN ISMAIL
13 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

BAHAN MUAT TURUN