INFO TERKINI
*TARIKH AKHIR PENGHANTARAN HASIL PERTANDINGAN POSTER, BUKU SKRAP DAN ESEI PADA ATAU SEBELUM 5 OGOS 2011 (JUMAAT)*
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat. Papar semua catatan

Rabu, 24 Ogos 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Kali Kelima Tahun 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) kali kelima peringkat negeri Johor telah diadakan pada 23 Ogos 2011 (Selasa) bertempat di SMK Kamarul Ariffin, Labis, Segamat Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ) iaitu En Mustafa Bin Ibrahim. Turut hadir ialah En Kamarudin Bin Yusop, Penolong Ketua Unit PPDa JPNJ serta semua pegawai khas PPDa daerah hadir dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kali ini lebih menumpukan tentang pengumpulan bahan-bahan pertandingan PPDa peringkat JPNJ yang telah diadakan sebelum ini. Mesyuarat juga membincangkan berkaitan pertandingan bilik sumber PPDa/lorong PPDa peringkat kebangsaan 2011. Antara sekolah yang dicalonkan untuk mewakili Johor dalam pertandingan tersebut ialah SMK Kamarul Ariffin dan SK Parit Jawa dalam pertandingan bilik sumber PPDa. Manakala kategori lorong PPDa akan diwakili oleh SMK Impian Emas dan SK Kota Masai. 

Selain dari itu, penambahbaikan pengurusan PPDa juga turut dibincangkan dalam mesyuarat ini. Antara program yang dikenalpasti akan dilaksanakan disetiap daerah ialah program Ceramah Bersiri serta Program Pengasih.
Bergambar bersama Ketua Unit dan Pegawai Khas PPDa daerah.


Sabtu, 9 Julai 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Kali Ketiga Tahun 2011

Merujuk kepada perkara di atas Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 28 JUN 2011(Selasa), jam 8.30 am - 5.00 pm di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Johor. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Jabatan Pelajaran Negeri Johor iaitu En Mustaffa Bin Ibrahim. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En Kamarudin Bin Yusop, Penolong Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

En. Mustaffa sedang mempengerusikan mesyuarat.

Semua Pegawai Khas PPDa pejabat pelajaran daerah hadir dalam mesyuarat tersebut. Bagi Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah diwakili oleh En Aszlizam bin Tobari. Hasil mesyuarat lebih tertumpu kepada program pertandingan melukis poster, membuat buku skrap dan menulis esei yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Antara sebahagian Pegawai Khas PPDa yang hadir dalam mesyuarat tersebut.


PROGRAM BULAN INI

'KEM PIP NEGERI JOHOR 2010
KEM KAIZEN PULAI, PONTIAN JOHOR
12-14 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

'BEST PRACTISE' PROSIDAR NEGERI JOHOR 2010
AUTORIUM HOSPITAL SULTAN ISMAIL
13 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

BAHAN MUAT TURUN