INFO TERKINI
*TARIKH AKHIR PENGHANTARAN HASIL PERTANDINGAN POSTER, BUKU SKRAP DAN ESEI PADA ATAU SEBELUM 5 OGOS 2011 (JUMAAT)*

Rabu, 24 Ogos 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Kali Kelima Tahun 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) kali kelima peringkat negeri Johor telah diadakan pada 23 Ogos 2011 (Selasa) bertempat di SMK Kamarul Ariffin, Labis, Segamat Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ) iaitu En Mustafa Bin Ibrahim. Turut hadir ialah En Kamarudin Bin Yusop, Penolong Ketua Unit PPDa JPNJ serta semua pegawai khas PPDa daerah hadir dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kali ini lebih menumpukan tentang pengumpulan bahan-bahan pertandingan PPDa peringkat JPNJ yang telah diadakan sebelum ini. Mesyuarat juga membincangkan berkaitan pertandingan bilik sumber PPDa/lorong PPDa peringkat kebangsaan 2011. Antara sekolah yang dicalonkan untuk mewakili Johor dalam pertandingan tersebut ialah SMK Kamarul Ariffin dan SK Parit Jawa dalam pertandingan bilik sumber PPDa. Manakala kategori lorong PPDa akan diwakili oleh SMK Impian Emas dan SK Kota Masai. 

Selain dari itu, penambahbaikan pengurusan PPDa juga turut dibincangkan dalam mesyuarat ini. Antara program yang dikenalpasti akan dilaksanakan disetiap daerah ialah program Ceramah Bersiri serta Program Pengasih.
Bergambar bersama Ketua Unit dan Pegawai Khas PPDa daerah.


Tiada ulasan:

PROGRAM BULAN INI

'KEM PIP NEGERI JOHOR 2010
KEM KAIZEN PULAI, PONTIAN JOHOR
12-14 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

'BEST PRACTISE' PROSIDAR NEGERI JOHOR 2010
AUTORIUM HOSPITAL SULTAN ISMAIL
13 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

BAHAN MUAT TURUN