INFO TERKINI
*TARIKH AKHIR PENGHANTARAN HASIL PERTANDINGAN POSTER, BUKU SKRAP DAN ESEI PADA ATAU SEBELUM 5 OGOS 2011 (JUMAAT)*

Rabu, 24 Ogos 2011

Selamat Memyambut Hari Raya Aidilfitri


Kepada semua warga pendidik daerah Pasir Gudang terutama buat guru-guru PPDa diucapkan selamat menyambut kedatangan Syawal. Berhati-hati ketika berada di jalan raya, semoga selamat kembali ke kampung halaman masing-masing. Jadikanlah hari raya pada kali ini sebagai 'medan' untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan berkunjungan diantara satu sama lain. Semoga kita mendapat kebaikan dan keberkatan Allah SWT. Maaf zahir dan batin.

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Kali Kelima Tahun 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) kali kelima peringkat negeri Johor telah diadakan pada 23 Ogos 2011 (Selasa) bertempat di SMK Kamarul Ariffin, Labis, Segamat Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ) iaitu En Mustafa Bin Ibrahim. Turut hadir ialah En Kamarudin Bin Yusop, Penolong Ketua Unit PPDa JPNJ serta semua pegawai khas PPDa daerah hadir dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kali ini lebih menumpukan tentang pengumpulan bahan-bahan pertandingan PPDa peringkat JPNJ yang telah diadakan sebelum ini. Mesyuarat juga membincangkan berkaitan pertandingan bilik sumber PPDa/lorong PPDa peringkat kebangsaan 2011. Antara sekolah yang dicalonkan untuk mewakili Johor dalam pertandingan tersebut ialah SMK Kamarul Ariffin dan SK Parit Jawa dalam pertandingan bilik sumber PPDa. Manakala kategori lorong PPDa akan diwakili oleh SMK Impian Emas dan SK Kota Masai. 

Selain dari itu, penambahbaikan pengurusan PPDa juga turut dibincangkan dalam mesyuarat ini. Antara program yang dikenalpasti akan dilaksanakan disetiap daerah ialah program Ceramah Bersiri serta Program Pengasih.
Bergambar bersama Ketua Unit dan Pegawai Khas PPDa daerah.


Selasa, 23 Ogos 2011

Senarai Penyertaan Poster, Esei dan Buku Skrap Sekolah Daerah Pasir Gudang Yang Layak Dihantar Ke Peringkat Negeri

Berikut disenaraikan nama peserta yang bahan pertandingannya layak mewakili sekolah daerah Pasir Gudang dalam pertandingan melukis poster, menulis esei dan pertandingan buku skrap anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

  • Pertandingan Melukis Poster Sekolah Rendah:
  1. Chai Yi Na (SJK(C) Masai)
  2. Ang Cher Xin (SJK(C) Pandan)
  3. Chan Jun Hong (SJK(C) Pandan)
  • Pertandingan Melukis Poster Menengah Rendah:
  1. Nurul Afiqah Hanis Binti Mohd Shuhaili (SMK Pasir Gudang 3)
  2. Nurulyana Natasya Binti Zainudin (SMK Pasir Gudang 3)
  3. Kavitha Devi Segar (SMK Dato' Penggawa Timur)
  • Pertandingan Melukis Poster Menengah Atas:
  1. Nor Arina Binti Abd Halim (SMK Pasir Gudang 3)
  2. Rohana Binti Mansor (SMK Tanjung Puteri Resort)
  3. Siti Hazirah Binti Tumin (SMK Dato' Penggawa Timur)
  • Pertandingan Menulis Esei Menengah Rendah:
  1. Isha Balqis Binti Ismail (SMK Puteri Wangsa)
  2. Nurul Nabihah Binti Othman (SMK Agama Johor Bahru)
  3. Sayyidatul Atiqah Binti Ismail (SMK Pasir Gudang)
  • Pertandingan Menulis Esei Menengah Atas:
  1. Muhammad Farhan Bin Mohamad (SMK Pasir Gudang 2)
  2. Suzanne Anak Kundang (SMK Seri Kota Puteri 2)
  3. Alan Tan Miao Thong (SMK Taman Daya)
  • Pertandingan Buku Skrap:
  1. Chan Sue Q (SMK Dato' Penggawa Timur)
  2. Lai Poh Yee (SMK Dato' Penggawa Timur)
  3. Tan Ming Ying (SMK Dato' Penggawa Timur)
Semoga kesemua penyertaan yang mewakili sekolah Daerah Pasir Gudang akan memperolehi kejayaan. Sebarang maklumat berkaitan keputusan pertandingan akan dimaklumkan kemudian. 

Jumaat, 12 Ogos 2011

SELAMAT DATANG

Kami warga guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Tuan Haji Hamsi Bin Jamhari di Pelabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang selaku Pegawai Pelajaran Daerah. Semoga tuan dapat memacu  daerah Pasir Gudang dengan lebih maju, cemerlang dan terbilang.

TAHNIAH

Tahniah diucapkan kepada Puan Hajah Saadiah Bt Said yang telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Akademik di Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Kami warga guru Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) daerah Pasir Gudang mengucapkan semoga puan akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

PROGRAM BULAN INI

'KEM PIP NEGERI JOHOR 2010
KEM KAIZEN PULAI, PONTIAN JOHOR
12-14 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

'BEST PRACTISE' PROSIDAR NEGERI JOHOR 2010
AUTORIUM HOSPITAL SULTAN ISMAIL
13 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

BAHAN MUAT TURUN