INFO TERKINI
*TARIKH AKHIR PENGHANTARAN HASIL PERTANDINGAN POSTER, BUKU SKRAP DAN ESEI PADA ATAU SEBELUM 5 OGOS 2011 (JUMAAT)*

Isnin, 18 Julai 2011

Sekolah Yang Belum Melengkapkan Maklumat PPDa

Berikut adalah senarai sekolah yang masih belum melengkapkan maklumat e-Penyelaras PPDa dan e-Pemantauan PPDa. Sekolah-sekolah yang berkaitan diminta melengkapkan data tersebut sebelum atau pada 21 Julai 2011 (Khamis).


Isnin, 11 Julai 2011

Pengisian Maklumat e- Data Penyelaras PPDa Sekolah & e-Sistem Pemantauan Sekolah

Diminta kepada semua penyelaras PPDa  sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Pasir Gudang mengemaskini maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang.

  1. Untuk tujuan maklumat guru penyelaras PPDa sekolah boleh layari link berikut: https://creator.zoho.com/ppdapg/ppda/form-perma/PPDaPG/
  2. Untuk tujuan maklumat e-Pemantauan Sekolah boleh layari link berikut:            https://creator.zoho.com/ppdajpnj/e-nilai/form-perma/PPDa/
Pengisian maklumat-maklumat ini hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada atau sebelum 17 Julai 2011(Ahad). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Aszlizam Bin Tobari di talian 013-7364921.
Sekian Harap maklum.

Pertandingan Menulis Esei, Melukis Poster Dan Buku Skrap Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Johor Tahun 2011

Merujuk kepada perkara di atas semua sekolah di daerah Pasir Gudang diminta menyertai pertandingan tersebut. Penyertaan sekolah terdiri daripada 3 hasil kerja yang terbaik bagi setiap kategori yang bertanding. Sayarat-syarat penyertaan boleh diperolehi dengan melayari sesawang berikut: 



Hasil penyertaan hendaklah dihantar ke Unit HEM, PPD Pasir Gudang ( U/P: En. Aszlizam Bin Tobari) sebelum atau pada 5 Ogos 2011 ( Jumaat ). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Aszlizam Bin Tobari ditalian 013-7364921.

Sabtu, 9 Julai 2011

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Kali Ketiga Tahun 2011

Merujuk kepada perkara di atas Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 28 JUN 2011(Selasa), jam 8.30 am - 5.00 pm di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Johor. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Jabatan Pelajaran Negeri Johor iaitu En Mustaffa Bin Ibrahim. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En Kamarudin Bin Yusop, Penolong Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

En. Mustaffa sedang mempengerusikan mesyuarat.

Semua Pegawai Khas PPDa pejabat pelajaran daerah hadir dalam mesyuarat tersebut. Bagi Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah diwakili oleh En Aszlizam bin Tobari. Hasil mesyuarat lebih tertumpu kepada program pertandingan melukis poster, membuat buku skrap dan menulis esei yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Antara sebahagian Pegawai Khas PPDa yang hadir dalam mesyuarat tersebut.


PROGRAM BULAN INI

'KEM PIP NEGERI JOHOR 2010
KEM KAIZEN PULAI, PONTIAN JOHOR
12-14 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

'BEST PRACTISE' PROSIDAR NEGERI JOHOR 2010
AUTORIUM HOSPITAL SULTAN ISMAIL
13 OKTOBER 2010



~~~~~~~~~~~~

BAHAN MUAT TURUN