Berikut adalah senarai sekolah yang masih belum melengkapkan maklumat e-Penyelaras PPDa dan e-Pemantauan PPDa. Sekolah-sekolah yang berkaitan diminta melengkapkan data tersebut sebelum atau pada 21 Julai 2011 (Khamis).
Isnin, 18 Julai 2011
Isnin, 11 Julai 2011
Pengisian Maklumat e- Data Penyelaras PPDa Sekolah & e-Sistem Pemantauan Sekolah
Diminta kepada semua penyelaras PPDa sekolah rendah dan sekolah menengah daerah Pasir Gudang mengemaskini maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang.
- Untuk tujuan maklumat guru penyelaras PPDa sekolah boleh layari link berikut: https://creator.zoho.com/ppdapg/ppda/form-perma/PPDaPG/
- Untuk tujuan maklumat e-Pemantauan Sekolah boleh layari link berikut: https://creator.zoho.com/ppdajpnj/e-nilai/form-perma/PPDa/
Pengisian maklumat-maklumat ini hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada atau sebelum 17 Julai 2011(Ahad). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Aszlizam Bin Tobari di talian 013-7364921.
Sekian Harap maklum.
Pertandingan Menulis Esei, Melukis Poster Dan Buku Skrap Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Johor Tahun 2011
Merujuk kepada perkara di atas semua sekolah di daerah Pasir Gudang diminta menyertai pertandingan tersebut. Penyertaan sekolah terdiri daripada 3 hasil kerja yang terbaik bagi setiap kategori yang bertanding. Sayarat-syarat penyertaan boleh diperolehi dengan melayari sesawang berikut:
Hasil penyertaan hendaklah dihantar ke Unit HEM, PPD Pasir Gudang ( U/P: En. Aszlizam Bin Tobari) sebelum atau pada 5 Ogos 2011 ( Jumaat ). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Aszlizam Bin Tobari ditalian 013-7364921.
Label:
Pertandingan
Sabtu, 9 Julai 2011
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Kali Ketiga Tahun 2011
Merujuk kepada perkara di atas Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 28 JUN 2011(Selasa), jam 8.30 am - 5.00 pm di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Johor. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), Jabatan Pelajaran Negeri Johor iaitu En Mustaffa Bin Ibrahim. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En Kamarudin Bin Yusop, Penolong Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
En. Mustaffa sedang mempengerusikan mesyuarat.
Semua Pegawai Khas PPDa pejabat pelajaran daerah hadir dalam mesyuarat tersebut. Bagi Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang telah diwakili oleh En Aszlizam bin Tobari. Hasil mesyuarat lebih tertumpu kepada program pertandingan melukis poster, membuat buku skrap dan menulis esei yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
Antara sebahagian Pegawai Khas PPDa yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Label:
Mesyuarat
Langgan:
Catatan (Atom)
PROGRAM BULAN INI
12-14 OKTOBER 2010
-5291 Hari 17 Jam 20 Minit.
13 OKTOBER 2010
-5290 Hari 17 Jam 20 Minit.