19 Februari 2010 adalah sambutan Hari Anti Dadah peringkat Kebangsaan. Jabatan Pelajaran Johor mencadangkan sambutan itu dilaksanakan di semua sekolah di negeri Johor mulai 15 Februari 2010 hingga 26 Februari 2010 dengan menjalankan beberapa aktiviti selama seminggu seperti berikut :-
* Ikrar AntiDadah oleh semua pelajar semasa perhimpunan
* Membaca Perutusan
* Ucapan Pengetua/Guru Besar Sempena Hari Anti Dadah (mengandungi mesej Pendidikan Pencegahan Dadah) dalam perhimpunan.
* Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah seperti ceramah, pameran, melukis poster, kuiz antidadah dan lain-lain program yang boleh menggalakkan peningkatan, pengetahuan dan kefahaman pelajar-pelajar mengenai penyalahgunaan dan bahaya dadah.
Tema Minggu Anti Dadah pada tahun ini ialah "1Malaysia Membanteras Dadah".Sila muat turun bahan-bahan berikut bagi pelaksanaan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan Tahun 2010 di peringkat sekolah.
Laporan Minggu Anti Dadah hendaklah dihantar melalui email PPDa PG atau bercetak ke unit HEM (PPDa PPD PG) selewat-lewatnya 6 Mac 2010. Sekiranya mempunyai perkongsian idea atau pertanyaan sila hubungi Pegawai Khas PPDa (Encik Norafazi b. Hj.Ja'afar) di talian 07-3881210. Kerjasama dan keprihatinan pihak sekolah didahului dengan ucapan terima kasih.
1. Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
2. Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit
Sabtu, 20 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
PROGRAM BULAN INI
12-14 OKTOBER 2010
-5299 Hari 20 Jam 45 Minit.
13 OKTOBER 2010
-5298 Hari 20 Jam 45 Minit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan